'Penggal' Kepala Trump, Pelakon Minta Maaf

Diterbitkan: Khamis, 1 Jun 2017 10:29 AM

FOTO Kathy Griffin yang mencetuskan kontroversi. - Mail Online

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Stesen rangkaian televisyen CNN memecat pelakon komedi wanita, Kathy Griffin daripada menjadi pengacara program Tahun Baharu susulan aksinya 'memenggal' kepala Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Griffin mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong Trump apabila gambarnya memegang kepala patung mirip Trump yang berlumuran darah tersebar meluas di laman sosial pada Selasa lalu.

"CNN membatalkan perjanjian dengan Kathy Griffin dalam program sambutan Tahun Baharu," jelas jabatan perhubungan awam syarikat itu menerusi laman Twitter.

Tindakan Griffin itu juga mengundang kecaman daripada Wanita Pertama AS, Melania Trump yang menyifatkan gambar pelakon itu sebagai keterlaluan.

"Sebagai ibu, isteri dan manusia, gambar tersebut sangat menjelikkan," katanya.

Malah anak lelaki Melania dan Trupm, Barron turut menyangka bapanya dipenggal susulan penyebaran gambar tersebut.

Bagaimanapun, Griffin tampil dengan permohonan maaf atas perbuatannya itu yang disifatkan sebagai melampau.

"Saya meminta maaf. Saya bersalah," kata Griffin menerusi Twitter.

Sementara itu, Perkhidmatan Rahsia AS yang ditugaskan menjaga keselamatan Presiden, mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang dianggap boleh mengancam nyawa Presiden. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Donald Trump

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan