Menang Marathon Dengan Hanya Berstokin

Diterbitkan: Khamis, 1 Jun 2017 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

IBRAHIM Mukunga Wachira, seorang pelari marathon dari Kenya, menjadi sebutan penduduk Baltic di Estonia selepas memenangi acara larian ke-35 sejauh 23 kilometer dengan hanya memakai stokin.

Baru minggu lalu, media digemparkan dengan kemenangan pelari wanita dari masyarakat asli Mexico, Maria Lorena Ramirez, yang memenangi acara ultramarathon berjarak 50 kilometer dengan hanya memakai skirt dan berselipar.

Kemudian Ibrahim pula mencipta nama tetapi dengan kejayaan yang lebih besar apabila melakar rekod baharu kejohanan.

Bagaimanapun sebenarnya lelaki berusia 27 tahun itu tidak merancang untuk berlari dengan memakai stokin kerana kasutnya disimpan oleh seseorang yang kemudiannya menghilangkan diri.

Walaupun dia cuba mendapatkan bantuan penganjur dengan meminta pertolongan orang ramai untuk memberikannya sepasang kasut, tetapi tiada siapa yang tampil.

Situasi itu membuatkan Ibrahim hanya tinggal dua pilihan iaitu sama ada melupakan acara larian atau berlari dengan memakai stokin.

"Amat sukar pada permulaannya terutamanya ketika berlari atas jalan tar.

"Tetapi jika berlari atas tanah, keadaan adalah jauh lebih baik," kata Ibrahim yang mengambil keputusan meneruskan perlumbaan dengan berstokin.

Pada jarak 11 kilometer, Ibrahim sudah mendahului persaingan dan menamatkan perlumbaan dengan jarak masa empat minit berbanding naib johan.

Catatan masanya adalah satu jam 13 minit dan 23 saat yang merupakan rekod baharu Tartu Half-Marathon. - ODDITY CENTRAL

Tags / Kata Kunci: Ibrahim Mukunga Wachira

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan