Penduduk Marawi Rayu Bantuan

Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

MARAWI: Pertempuran tentera Filipina dengan militan Maute yang berlarutan sejak seminggu lalu dijangka berakhir dengan kemenangan memihak kepada pasukan keselamatan  negara itu.

Helikopter masih berlegar-legar di bandar ini bagi memantau situasi tegang yang melibatkan pihak pemberotak yang mempunyai kaitan dengan militan Negara Islam (IS) itu.

Sejak pertempuan bermula, seramai 2,000 penduduk dikatakan terperangkap di bandar ini yang terletak di selatan Filipina.

Pihak tentera berkata, pemberontak itu mungkin mendapatkan bantuan termasuk dalam kalangan bekas banduan yang dibebaskan baru-baru ini.

"Komander lapangan memberi kepastian pertempuran itu hampir berakhir," kata jurucakap tentera, Brigedier Jeneral Restituto Padilla.

Setakat ini, lebih 100 nyawa melayang termasuk wanita dan kanak-kanak dalam pertempuran itu dan kebanyakan penduduk bandar ini telah melarikan diri.

Menurut pihak tentera, kumpulan Maute itu dikesan masih berada di sembilan daripada 96 komuniti di negara itu.

Tentera telah mengumumkan pada Sabtu lalu bahawa bermula bulan Ramadan, pihaknya akan mempergiatkan serangan bom melalui udara.

Kata Padilla, pemberontak menyembunyikan dan menawan penduduk di dalam rumah termasuk bangunan kerajaan dan beberapa kemudahan lain untuk dijadikan perisai.

Selain itu, jurucakap jawatankuasa pengurusan wilayah, Zia Alonto Adiong memberitahu, pihaknya menerima mesej penduduk yang terperangkap merayu supaya menghantar pasukan penyelamat.

"Kami tidak boleh sewenang-wenangnya ke kawasan berkenaan yang tidak boleh dimasuki.

“Mereka mahu meninggalkan kawasan itu kerana takut dengan keselamatan mereka. Segelintir penduduk dikatakan telah kehabisan bekalan makanan. Mereka juga takut terkena dengan bedilan menerusi serangan udara itu,” katanya.- AFP





Tags / Kata Kunci: Marawi , Maute

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan