Inisiatif UAE Food Bank Elak Pembaziran

Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 10:11 AM

PETI AIS tempat simpanan makanan untuk golongan kurang bernasib baik yang disedikan di sebuah masjid di Dubai. - Gulf News

(Ubah saiz teks)

SETIAP kali tiba bulan Ramadan, isu pembaziran makanan pasti akan berbangkit di kebanyakan negara Arab.

Namun pada tahun ini, penduduk Dubai boleh mengelakkan melakukan pembaziran dengan mendermakan makanan mereka kepada insan yang memerlukan menerusi satu program khas yang diusahakan pihak majlis perbandaran.

Program dikenali sebagai UAE Food Bank itu melibatkan penempatan kira-kira 80 buah peti sejuk kebanyakan masjid di Dubai.

Usaha tersebut dimulakan sejak Sabtu lalu dengan ditaja oleh banyak syarikat besar selain dibantu oleh sukarelawan yang dilatih bagi memastikan makanan yang diderma selamat untuk dimakan.

Malah buat kali pertama, peti sejuk Ramadan itu akan dibenarkan menyimpan makanan yang dimasak di rumah tetapi syarat kesihatan yang ketat dikenakan bagi memastikan makanan tersebut selamat.

Selain membantu golongan kurang bernasib baik, usaha itu juga bertujuan mengelakkan pembaziran di bulan Ramadan.

Orang ramai yang memerlukan makanan hanya perlu pergi ke masjid berhampuran dan mengambil makanan yang didermakan di dalam peti sejuk tersebut.

Mengikut perancangan seterusnya, Majlis Perbandaran Dubai berhasrat menempatkan peti sejuk di taman awam bagi meluaskan usaha murni tersebut. -  GULF NEWS


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan