Diskaun Saman 50 Peratus Sempena Ramadan

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Sempena ketibaan bulan Ramadan, pihak polis di Ajman, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk saman trafik bermula pada Sabtu.

Komander Polis Ajman, Mejar Jeneral Sheikh Sultan bin Abdallah Al Nuaimi berkata, harga saman akan dikurangkan separuh bermula 27 Mei sehingga akhir Ramadan iaitu 24 Jun depan.

Jelasnya, tawaran diskaun itu meliputi saman yang dilakukan sebelum 21 Mei tahun ini dan melibatkan denda yang dikeluarkan di Ajman.

Bagaimanapun tawaran itu dikecualikan bagi kesalahan melanggar lampur merah dan memandu secara melulu.

Selain itu, kenderaan yang disaman kerana melanggar undang-undang selepas pemandu memasang peralatan tambahan dan mengubaisuai enjin sehingga menyebabkan bunyi bising juga dikecualikan daripada diskaun tersebut.

"Pembayaran saman perlu dilakukan menerusi aplikasi pintar yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri atau Polis Ajman untuk mendapatkan nilai diskaun.

"Keputusan untuk mengurangkan harga sama adalah menggalakkan orang ramai membayar denda selain merupakan inisiatif polis bagi memastikan orang ramai gembira dengan harga diskaun tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Diskaun Saman , UAE

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan