AS Larang Komputer Riba Dalam Kabin Pesawat?

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 8:29 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mungkin mengenakan larangan ke atas komputer riba daripada dibawa masuk ke dalam kabin pesawat bagi semua penerbangan dari dan ke negara itu.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, John Kelly pada Ahad berkata, ia merupakan usaha untuk melindungi terhadap sebarang ancaman keselamatan.

Dalam satu temuramah bersama Fox News Sunday, Kelly berkata, AS merancang untuk mempertingkatkan larangan terhadap keselamatan syarikat penerbangan, termasuk memperketatkan saringan bagi barangan yang dibawa masuk ke dalam kabin.

"Ia merupakan perkara yang kita berikan perhatian, pengganas, idea untuk memusnahkan pesawat dalam penerbangan, terutama jika ia adalah syarikat penerbangan AS, dan jika pesawat itu dipenuhi rakyat AS."

Pada Mac lalu, kerajaan AS mengenakan sekatan ke atas peranti elektronik yang besar daripada dibawa masuk ke dalam kabin pesawat bagi penerbangan dari 10 lapangan terbang, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Turki. - Reuters


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan