Lagi Tembakan Peluru Berpandu Korea Utara

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 8:11 AM

Gambar tidak bertarikh yang dikeluarkan Agensi Berita Korea Utara pada 28 Mei menunjukkan pemimpin negara itu,Kim Jong-Un (berbaju putih) melihat ujian peluru berpandu anti pesawat di satu lokasi yang tidak didedahkan. Foto AFPs

(Ubah saiz teks)

KOREA Utara melepaskan satu tembakan peluru berpandu terbaharu dari pantai timur negara itu pada Isnin.

Menurut tentera Korea Selatan, peluru berpandu itu dilepaskan dari kawasan Wonsan menghala ke lautan Jepun.

Pejabat Korea Selatan daripada Ketua Turus Bersama dalam satu kenyataan berkata, pelancaran peluru berpandu itu segera dilaporkan kepada Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang mahu mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada Isnin mengutuk tembakan terbaharu peluru berpandu Korea Utara tersebut.

Beliau berikirar akan bersama dengan negara-negara lain untuk menghalang provokasi berulang Pyongyang.

"Sebagaimana yang kita persetujui pada G7 baru-baru ini, isu Korea Utara merupakan keutamaan teratas bagi masyarakat antarabangsa," kata Abe secara ringkas.

"Kita akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat, kita akan mengambil tindakan khusus untuk menghalang Korea Utara," tambahnya.

Menurut Abe, Jepun akan sedaya-upaya untuk melindungi rakyatnya, dan pada masa sama berhubung rapat dengan Korea Selatan dan negara-negara lain. - Mail Online

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan