Pemburu Texas Tangkap Katak Gergasi

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 5:19 PM

Markcuz Rangel mendakwa telah menangkap seekor katak gergasi di Texas. - Mirror

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki mendakwa telah berjaya menangkap seekor katak gergasi yang dipanggil Frogzilla.

Sekeping gambar menunjukkan pemburu itu mengukir senyuman sambil mengangkat seekor katak seberat hampir 6 kilogram (kg) menggunakan satu tangan dan sebelah tangan lagi memegang senapang.

Portal berita Mirror melaporkan, Persatuan Memburu Selatan Texas mengongsikan gambar tersebut di laman Facebook pada minggu lalu.

Pemilik asal gambar itu, Markcuz Rangel berkongsi gambar tersebut melalui laman web dan menyatakan bahawa Frogzilla itu telah ditangkap di dalam kolam di ladang berhampiran Batesville, Texas.

Inilah imej bullfrog yang normal. - Mirror

Hampir 250,000 orang telah berkongsi gambar berkenaan sejak dimuat naik pada 25 Mei lalu.

Namun, terdapat netizen yang mendakwa bahawa gambar itu adalah palsu terutamanya apabila katak gergasi itu dilihat memiliki rambut.

Seorang pengguna Facebook, Cheryl Stewart-Williams menulis: "Pendapat pertama saya, 'oh wow katak ini mempunyai dreadlocks. Ia palsu."

Manakala Ron Baia pula menambah: "Anjing chihuahua saya mempunyai berat 5kg tetapi tidak menyamai walaupun satu pertiga daripada saiz katak itu. Mengarut."

Sementara itu, seorang pakar hidupan liar beranggapan bahawa gambar tersebut adalah asli dan mungkin kelihatan aneh disebabkan oleh ilusi optik.

Steve Lightfoot dari Jabatan Taman dan Hidupan Liar Texas mengesahkan bahawa gambar itu adalah asli dan pada masa sama memberi jaminan kepada orang ramai bahawa katak liar tidak membahayakan kawasan Selatan Texas.

Tags / Kata Kunci: katak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan