Aduh! Sakitnya Dua Kali Jatuh Ambulans

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 2:39 PM

Pesakit terjatuh dari pengusung sewaktu pasukan paramedik membawanya keluar dari ambulans. Foto CEN/CorreoTV

(Ubah saiz teks)

ADUH! sakitnya, mungkin itu yang dirasai seorang remaja yang hamil yang terjatuh dua kali semasa pasukan paramedik membawanya keluar dari ambulans.

Insiden yang dirakamkan saksi di Hospital El Carmen di bandar Huancayo, Peru menunjukkan pesakit berusia 16 tahun itu terjatuh dari pengusung yang diangkat pasukan paramedik.

Kejadian pertama apabila salah seorang petugas paramedik terlepas dari genggamannya pada pengusung.

Malangnya, pesakit berkenaan terjatuh buat kali kedua sewaktu pasukan paramedik meletakkannya semula di atas pengusung.

Insiden kedua disebabkan bahagian bawah yang berfungsi untuk mendirikan tempat pengusung itu tidak kukuh lalu mengakibatkan pesakit tersebut terjatuh sekali lagi.

Bagaimanapun, pasukan paramedik akhirnya berjaya meletakkan semula pesakit itu di atas pengusung sebelum membawanya masuk ke hospital untuk diberikan rawatan. 

Pengarah Hospital El Carmen, Manuel Adrian Acosta berkata, pesakit berkenaan ditempatkan di unit rawatan rapi dan selamat melahirkan anaknya menerusi pembedahan 'caesarean' tanpa sebarang masalah. - Mirror

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan