Padah Sumbat Bir Dalam Mulut Buaya

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 11:22 AM

(Ubah saiz teks)

DUA lelaki telah didakwa selepas gambar mereka menuang bir ke dalam mulut seekor anak buaya tersebar.

Joseph Andrew Floyd, 20, dan Zachary Lloyd Brown, 21, dari Ridgeland, South Carolina, sedang memandu dari Hardeeville dan Tillman apabila mereka mendakwa melihat seekor anak buaya melintas jalan pada 24 Mei.

Mereka mengaku di mahkamah bahawa mereka telah menangkap haiwan itu, menuang bir ke dalam mulutnya, mengambil gambar dan kemudian melepaskannya semula ke dalam kolam berdekatan, WMBF News melaporkan.

Kedua-dua mereka didakwa kerana melakukan penderaan terhadap buaya, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Sumber Asli South Carolina (SCDNR).

Pegawai penguatkuasa undang-undang SCDNR mula menyiasat kes ini selepas agensi itu menerima berpuluh-puluh e-mel dan mesej daripada orang ramai pada Khamis.

Gambar asal kejadian ini muncul di SnapChat dan kemudian gambar paparan skrinnya telah dikongsi di Facebook oleh orang lain.

Menurut kenyataan akhbar, pasangan itu boleh dikenakan denda maksimum AS$300.

Hakim yang menyelia kes itu akan menentukan hukuman akhir lelaki dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: bir , buaya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan