Asid Bukan Penghalang Jodoh Lalita

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 3:46 PM

LALITA dan Ravi melangsungkan perkahwinan mereka pada 26 Mei 2017. - Metro.uk

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Lima tahun dahulu, Lalita Ben Bansi merupakan wanita yang memiliki wajah jelita sebelum serangan asid berlaku ke atas dirinya sehingga menyebabkan hampir 90 peratus mukanya berparut.

Sejak kejadian itu, Lalita sudah melupakan impian setiap wanita untuk bergelar isteri kerana yakin bahawa tiada lelaki mahu mengahwininya disebabkan peristiwa hitam tersebut.

Ternyata jangkaannya meleset kerana Lalita akhirnya bertemu jodoh dengan Ravi Shankar apabila melangsungkan perkahwinan pada Khamis.

Siapa sangka hubungan mereka terjalin gara-gara tersalah dial nombor telefon sedangkan mereka berdua tinggal berjauhan dengan dipisahkan lebih 1,000 kilometer.

"Saya tidak sangka panggilan itu mengubah hidup saya.

"Saya sangat gembira. Saya tidak pernah terfikir akan berkahwin. Suami saya sangat baik," kata Lalita menurut portal Metro.uk.

Wanita berusia 26 tahun itu menderita luka melecur tersebut selepas saudaranya mencurah asid ketika mereka bertengkar pada 2012.

Lalita terselamat dalam kejadian itu tetapi mengalami luka teruk dan perlu menjalani 17 kali pembedahan.

Tags / Kata Kunci: Lalita , Asid

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan