26 Penganut Kristian Maut Diserang Lelaki Bertopeng

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 7:44 PM

Gambar fail Gereja Koptik yang dibom di Tanta, Mesir pada April lalu. REUTERS/Mohamed Abd El Ghany

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Sekumpulan lelaki bersenjata dan turut memakai topeng menyerang sekumpulan penganut agama Kristian Koptik di selatan Mesir, mengorbankan 26 orang dan mencederakan 26 yang lain.

Menurut saksi dan sumber perubatan, kejadian berlaku semasa kesemua mangsa dalam perjalanan ke sebuah biara.

Tambah sumber, sekumpulan penganut itu sedang menaiki dua bas dan sebuah trak kecil di wilayah Minya.

Saksi berkata, kumpulan lelaki bertopeng menghalang kenderaan yang dinaiki mereka daripada meneruskan perjalanan sebelum melepaskan tembakan.

Penganut Kristian Koptik terdiri daripada 10 peratus dalam populasi Mesir yang seramai 92 juta orang, dan sering menjadi sasaran serangan maut sejak beberapa bulan. 

Kira-kira 70 orang terbunuh dalam serangan bom di gereja di bandar-bandar di Kaherah, Alexandria dan Tanta sejak Disember lalu.

Semua serangan itu didakwa angkara kumpulan militan IS.

Bagaimanapun, belum ada pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan pada Jumaat. - Reuters


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan