Ratu Elizabeth Lawat Mangsa Letupan Manchester Arena

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 8:37 AM

(Ubah saiz teks)

RATU Elizabeth mengkiritik serangan keganasan di Manchester yang disifatkan sebagai melampau ketika melawat mangsa yang terselamat di Hospital Kanak-Kanak Diraja Manchester pada Khamis.

Beliau meluangkan masa berbual dengan Millie Robson, 15, Evie Mills, 14, dan Amy Barlow, 12, antara 12 mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak yang dikejarkan ke hospital tersebut selepas letupan menggegar Manchester Arenna, awal pagi Selasa lalu.

"Serangan itu amat dahsyat, melampau dan menyasarkannya kepada orang yang tidak bersalah," kata beliau.

Ratu Elizabeth turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital dan paramedik yang bekerja keras untuk memastikan kanak-kanak yang cedera selamat.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan rasa terkejut kerana serangan itu disasarkan kepada kanak-kanak.

Seramai 14 kanak-kanak masih lagi menerima rawatan di hospital itu termasuk lima di unit kritikal.

Kira-kira 75 mangsa dikejarkan ke hospital selepas insiden letupan yang berlaku di lokasi konsert penyanyi pop Ariana Grande sedang berlangsung.

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun antara yang terkorban dalam insiden itu.

Tags / Kata Kunci: Ratu Elizabeth

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan