Pelarian Syria Telan Wang Kertas RM7,756 - Berita Dunia | mStar

Pelarian Syria Telan Wang Kertas RM7,756

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 9:54 AM

DOKTOR di Belanda terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan wang kertas yang ditelan oleh pelarian Syria. - Mail Online

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Seorang pelarian Syria yang berjaya melarikan diri ke Eropah menderita sakit perut yang teruk gara-gara menelan kesemua wang simpanannya.

Lelaki yang tidak dinamakan itu, menelan wang kertas dolar Amerika yang dibalut dengan kain sebelum memulakan perjalanan ke Belanda selepas negaranya dilanda perang.

Menurut portal Mail Online, Doktor menemukan wang tersebut di dalam ususnya selepas pelarian itu tampil ke hospital mengadu sakit perut dan sering muntah.

Disebabkan lelaki itu hanya bercakap dalam bahasa Arab, pihak hospital di Leiden terpaksa mengupah penterjemah untuk mengetahui masalah yang dihadapi pelarian tersebut.

SEBAHAGIAN 26 keping wang kertas yang dikeluarkan daripada perut seorang pelarian Syria. - Mail Online

Lelaki berusia 32 tahun berkenaan mengaku menelan 26 keping duit kertas sebelum memulakan perjalanan ke Eropah, sekali gus doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bungkusan yang mengandungi duit itu daripada perutnya.

Walaupun dibasahi asid dalam perut, wang kertas itu sebanyak 26 keping yang berjumlah AS$1,807 (RM7,756) masih berada dalam keadaan baik ketika dikeluarkan.

"Kejadian ini merupakan perkara biasa yang dilakukan pelarian untuk 'menyimpan' wang simpanan mereka sebelum memulakan perjalanan berpindah ke negara lain.

"Mereka berbuat demikian kerana bimbang wang tersebut dirompak," kata pihak hospital.


Tags / Kata Kunci: Syria , Pelarian

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan