Selamat Tinggal Mak - Salman Abedi

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 7:00 PM

Salman Abedi.

(Ubah saiz teks)

PENGEBOM berani mati di Manchester, Salman Abedi didakwa menghubungi ibu dan adik lelakinya 15 minit sebelum melancarkan serangan berdarah di Manchester Arena yang mengorbankan 22 orang.

Seorang jurucakap bagi pihak berkuasa Libya berkata, Abedi membuat panggilan itu bagi mengucapkan "selamat tinggal" kepada ibunya yang merupakan pakar saintis nuklear selepas memujuk ibu bapanya untuk menyerahkan semula pasportnya yang diambil.

Abedi memberitahu ibu bapanya bahawa dia mahu mengerjakan Umrah dan mereka dilaporkan 'gembira' terhadap permintaan itu.

Jamal Zubia, yang merupakan tokoh dalam komuniti Libya di Manchester memberitahu The Times: "Bapanya mempunyai kesemua pasport dan menyimpannya. Tetapi Salman memberitahu dia mahu mengerjakan Umrah, maka itulah sebabnya dia mahu meninggalkan Libya. Ibunya gembira mengenai perkara itu.

Adik lelaki Abedi, Hashem, 20 dilaporkan telah membuat pengakuan semasa sesi soal siasat pada Selasa dan Rabu bahawa dia mengetahui semuanya berhubung abangnya pergi ke Manchester.

Ahmed ben Salem, seorang jurucakap bagi Rada Force, sebuah unit pasukan keselamatan berkata, "Dia (Salman) juga membuat panggilan kepada ibu dan adik lelakinya 15 minit sebelum 'operasi' itu bermula." 

Serangan berani mati di konsert Ariana Grande di Manchester Arena yang meragut 22 nyawa itu turut mencederakan lebih 100 orang. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Salman Abedi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan