Konsert 'Dangerous Woman' Terbantut

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 10:25 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Ariana Grande membatalkan tujuh konsert, masing-masing dua di London dan lima di Eropah.

Keputusan itu dibuat susulan serangan bom nekad yang mengakibatkan 22 nyawa melayang dan mencederakan 64 yang lain.

Selain itu, tayangan perdana filem 'Wonder Women' yang dijadualkan berlangsung minggu depan juga dibatalkan.

Selain itu, pihak berkuasa juga meningkatkan kawalan di festival muzik hujung minggu di bandar raya Hull, yang menyaksikan persembahan penyanyi AS, Katy Perry.

Grande, 23, yang meluahkan rasa sedihnya menerusi Twitter berhubung kejadian itu, sepatutnya membuat persembahan pada Khamis dan Jumaat minggu depan di Arena 02 London sebagai sebahagian konsert 'Dangerous Woman'.

"Kedua-dua konsert itu dibatalkan termasuk juga di Belgium, Poland, Jerman dan Switzerland, " kata syarikat rakaman artis berkenaan.

Sementara itu di HOLLYWOOD, studio Warner Bros. berkata, pihaknya membatalkan majlis permaidani merah di London sempena tayangan perdana filem 'Wonder Woman' berikutan kejadian serangan bom nekad itu.

Selain itu, kumpulan rock AS, Blondie juga membatalkan persembahan di London sehari selepas kejadian itu, manakala kumpulan pop Britain, Take That menangguh persembahan Manchester Arena dan Liverpool minggu ini.- Reuters



Tags / Kata Kunci: Ariana Grande , Manchester Arena , Katy Perry

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan