Ejek Nyanyi Karaoke, Lelaki Maut Ditikam

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 8:53 PM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Gara-gara diejek sewaktu menyanyi karaoke di sebuah majlis perkahwinan di selatan Vietnam, seorang lelaki bertindak membunuh seorang tetamu manakala seorang lagi cedera parah.

Menurut laporan portal berita VNExpress, Nguyen Ngoc Diep, 44, bertindak menikam mangsa selepas seorang tetamu mengejek nyanyiannya dan merampas mikrofon sehingga berlaku pergaduhan antara dua lelaki.

Tetamu ketiga, Le Hong An, 35, yang cuba meleraikan pergaduhan mereka ditikam beberapa kali.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital.

Menurut laporan akhbar Tuoi Tre memetik Leftenan Kolonel Kanan wilayah Tien Giang, Truong Van Sau, lelaki yang merampas mikrofon berkenaan dirawat di hospital manakala Diep ditahan. - AFP

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan