Warkah Ahok Dari Penjara

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 1:29 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Basuki Tjahaja Purnama yang kini dipenjarakan menarik balik rayuan berhubung keputusan mahkamah yang mendapati dia bersalah atas dakwaan menghina Islam.

Gabenor Jakarta yang dikenali sebagai Ahok itu dihukum penjara dua tahun selepas didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Jakarta pada 9 Mei lalu.

Dalam sidang media pada Selasa, isteri Ahok, Veronica Tan mengalirkan air mata ketika membacakan sepucuk surat daripada pemimpin itu yang mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya.

“Saya tahu sukar bagi anda untuk menerima realiti ini. Biarlah saya sendiri belajar untuk memaafkan dan menerima semua ini.

“Membantah antara satu sama lain mengenai proses yang saya lalui ini bukanlah sesuatu yang patut dilakukan,” kata Ahok dalam surat itu.

Ahok juga melahirkan kebimbangan kemungkinan berlakunya pergaduhan antara penyokong dan pihak yang menentangnya selama ini.

Gabenor Jakarta yang beragama Kristian dan daripada etnik Cina itu mencetuskan kemarahan kumpulan Islam apabila mendakwa lawannya menggunakan ayat suci al-Quran untuk menipu pengundi supaya tidak mengundinya.

Ahok dilihat berpeluang cerah mempertahankan jawatannya, tetapi tewas dalam pilihan raya gabenor akibat kontroversi berkenaan.

Sementara itu, peguam Ahok, Wayan Sudirta berkata, dengan menarik balik rayuan ia memberi lebih ruang kepada pihak pendakwa raya merayu hukuman berkenaan di Mahkamah Tinggi.

Ketika perbicaraan sebelum ini, pendakwa raya meminta mahkamah hanya meletakkan pemimpin itu di bawah pemerhatian.




Tags / Kata Kunci: Ahok , Islam

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan