Mauritius Negara Paling Aman

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 3:28 PM

Taman Negara Black River Gorges

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Kumpulan pemikir Amerika Syarikat menerusi laporan terkini Indeks Negara Rapuh meletakkan Mauritius sebagai sebuah negara di Lautan Hindi paling aman di Afrika.

Laporan tahunan dikeluarkan sejak 2005 itu turut meletakkan Mauritius antara negara kurang lemah dan berada di kedudukan 148 negara paling aman di dunia.Mauritius terkenal dengan keindahan pantai, lagun dan terumbu selain mempunyai kawasan pergunungan antaranya Taman Negara Black River Gorges, hutan hujan, air terjun, laluan mendaki dan pelbagai jenis hidupan liar seperti keluang.

Selain itu, bandar Port Louis mempunyai taman-taman indah  termasuk trek kuda di Champs de Mars, rumah ladang Eureka dan Taman Botani abad ke-18 Sir Seewoosagur Ramgoolam.

Sementara, negara Seychelles, Botswana, Ghana, Cape Verde, Namibia, Sao Tome dan Principe, Afrika Selatan, Gabon dan Tunisia pula masing-masing di kedudukan ke-125, 120, 108, 106, 103, 97, 96, 91 dan 89 di dunia.

Bagaimanapun, kebanyakan negara Afrika dianggap kurang stabil daripada aspek politik, ekonomi dan demografi sosial.

Negara paling lemah di Afrika pula ialah Selatan Sudan diikuti Somalia, Afrika Tengah, Sudan, Congo, Chad, Guinea, Nigeria, Zimbabwe dan Ethiopia.Negara paling stabil di peringkat dunia ialah Finland disusuli Norway, Switzerland, Denmark dan Ireland.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mauritius , Afrika

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan