Siapa Sebenarnya Salman Abedi

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 11:09 AM

(Ubah saiz teks)

SUSPEK pengebom berani mati yang mengakibatkan 22 terkorban di sebuah konsert di Manchester Arena, di utara England, pada Isnin telah dikenal pasti sebagai Salman Abedi.

Polis Britain mengesahkan pemuda itu berusia 22 tahun.

Anak pasangan Libya ini dilahirkan di Manchester pada 1994, kata pegawai keselamatan AS, yang memetik pegawai perisikan Britain.

Perdana Menteri Theresa May mengesahkan Abedi dilahirkan dan dibesarkan di negara itu.

Ibu bapanya berhijrah ke London sebelum berpindah ke kawasan Fallowfield di Selatan Manchester, di mana mereka telah tinggal sekurang-kurangnya 10 tahun, kata pegawai AS.

Susulan serangan pada konsert Ariana Grande, polis menyerbu sebuah rumah di Elsmore Road di Fallowfield awal hari Selasa.

Sumber kerajaan AS berkata, penyiasat sedang mengkaji sama ada Abedi telah ke Libya atau beliau berhubung dengan militan Negara Islam (IS).

Akhbar The Times dipetik sebagai berkata Abedi dipercayai pulang ke Britain dari Libya baru-baru ini.

Selain itu, pihak Universiti Salford, yang berpangkalan di Manchester dalam satu kenyataan berkata, Abedi adalah penuntunya dan ia sedang membantu polis dalam siasatan kejadian itu.

Berikutan kejadian itu juga, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis dalam operasi berasingan di selatan Manchester Selasa, dipercayai saudara lelaki Abedi, kata laporan berita.

Abedi juga mempunyai seorang saudara perempuan bernama Jomana Abedi, kata pegawai keselamatan AS.

Sementara itu, Abdalla Yousef, jurucakap Masjid Didsbury di Manchester berkata, bapa Abedi dan saudara lelakinya bersembahyang di masjid itu tetapi Abedi bersembahyang di masjid lain.

"Saya dapat mengesan seseorang yang kenal keluarga tersebut. Beliau mengesahkan bapa dan saudara perempuannya serta anggota keluarga yang lain telah berpindah ke Libya dan telah berpindah ke sana selepas revolusi selepas Gadaffi terbunuh," kata Yousef.

Seorang pemegang amanah masjid tersebut, Fawzi Haffar, kata bapa Abedi kini berada di Libya dan telah berada di sana untuk seketika. - Reuters


Tags / Kata Kunci: Salman Abedi , Libya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan