Ariana Grande Okay

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 9:38 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Penyanyi pop Amerika Syarikat, Ariana Grande dalam keadaan okay, kata seorang jurucakap selepas letupan menggegar lokasi konsertanya di Manchester Arena, England, awal pagi Selasa.

Insiden itu menyebabkan kira-kira 19 maut manakala 50 lagi cedera.

Dua bunyi letupan kuat kedengaran kira-kira pukul 10.45 malam waktu tempatan.

Bagaimanapun polis masih belum mengenal pasti punca letupan itu.

Menurut Fox News, seorang jurucakap berkata Grande tidak mengalami sebarang kecederaan sambil menambah siasatan lanjut sedang dijalankan.

Penonton konsert itu berada dalam keadaan panik dan lihat bertempiaran lari meninggalkan lokasi kejadian.

Jonathan Yates memberitahu MailOnline bahawa konsert itu sudah berakhir sebelum bunyi letupan kuat kedengaran.

"Kami duduk di atas lantai dan letupan itu datang dari tempat duduk di bahagian atas. Orang ramai mula menjerit dan bertempiaran lari. Saya terdengar lima atau enam bunyi seperti tembakan," katanya.

Perkhidmatan stesen kereta api Manchester Victoria yang terletak di bawah tanah Manchester Arena turut dihentikan. - The Straits Times/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Ariana Grande , Manchester Arena

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan