Putera George Dimarah Middleton

Diterbitkan: Ahad, 21 Mei 2017 8:32 AM

Pippa dan James melihat ke arah sekumpulan pengapit kanak-kanak yang memeriahkan hari bersejarahnya. - Mail Online

(Ubah saiz teks)

PUTERA George tidak sengaja mencetus kemarahan bondanya, Kate Middleton kerana terpijak gaun pengantin Pippa Middleton.

Gelagat putera yang berusia tiga tahun itu sebenarnya mencuit hati hadirin yang hadir ke majlis perkahwinan yang dianggarkan bernilai 700,000 Pound Sterling (RM3,944,367) itu.

Menurut Mail Online, gaun perkahwinan Pippa yang serba putih itu bernilai 40,000 Pound Sterling (RM225,392).

George kemudiannya kelihatan merajuk di luar gereja selepas insiden itu dan Kate lekas memujuk anaknya agar ceria kembali.

Pippa mengahwini seorang bilionair, James Matthews di Englefield, Berkshire di United Kingdom pada pagi Sabtu.

Sementara itu, adinda George, Charlotte, 2, turut mencuri tumpuan lensa para paparazi kerana 'bertugas' menjadi pengapit kepada ibu saudaranya itu.

Tags / Kata Kunci: Pippa Middleton , Putera George

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan