Majlis Kahwin Adik Kate Middleton Dikawal Ketat

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mei 2017 6:37 PM

Pippa bakal mengahwini jutawan, Matthew dalam satu majlis tertutup di Englefield, Berkshire. - BBC

(Ubah saiz teks)

TETAMU sudah mula kelihatan di majlis perkahwinan adik ipar Putera William, Pippa Middleton dan James Mathews.

Pippa yang merupakan adik Kate Middleton mengikat tali pertunangan dengan jutawan itu pada tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan (6.30 petang  waktu Malaysia) di Gereja St. Mark dalam satu majlis tertutup.

Beberapa orang awam juga dilihat hadir di perkampungan Englefield, Berkshire untuk menyaksikan majlis penuh bersejarah bagi pasangan itu.

Gereja tersebut yang terletak beberapa kilometer dari kediaman keluarga Middleton dan merupakan tanah persendirian telah menyukarkan orang awam dan pihak media untuk memasuki kawasan itu.

Difahamkan, kawalan keselamatan begitu ketat sehingga penduduk setempat diminta untuk membawa kad pengenalan bersama mereka dan dilarang sama sekali untuk bercakap dengan pihak media.

Pemain Tenis, Roger Federer dan isterinya, Mirka adalah antara tetamu yang bertuah untuk menghadiri perkahwinan itu. - BBC

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan