Tidak Jadi Bunuh Diri Selepas Lihat Senyuman Lelaki Ini

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 2:57 PM

Adam Marr tidak sangka senyumannya menjadi tular di laman sosial Facebook. - Mirror

(Ubah saiz teks)

PERNAHKAH senyuman anda menyelamatkan nyawa seseorang? Di United Kingdom, seorang pelari lelaki diangkat menjadi adiwira selepas senyuman manisnya berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada cubaan membunuh diri.

Adam Marr, 24, menerima pujian atas 'pertolongan' terhadap wanita yang ditemuinya ketika sedang melalui jalan raya yang sibuk di Ancoats, Manchester.

Adam membantu dua lagi lelaki lain yang cuba menyelamatkan wanita tersebut dan sempat berbual dengan mangsa selama 30 minit sementara menunggu pihak polis tiba.

Gambar Adam yang sedang duduk sambil menyilangkan kaki dan tersenyum manis berjaya dirakam oleh seorang wanita, Samantha Caine yang kemudiannya memuat naik gambar Adam ke laman sosial Facebook.

Menurut laporan portal berita Mirror, Samantha meminta  kenalannya di Facebook untuk mengenal pasti pemilik senyuman manis itu.

Setakat pukul 2.40 petang Jumaat, gambar Adam sudah dikongsikan sebanyak 7,893 kali dan menerima 14,000 'likes'.

Adam yang berasal dari Swinton, Manchester berkata, dia sedang berlari dan berbasikal untuk merakam gambar terusan berdekatan Ancoats dan terlihat seorang wanita sedang baring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Saya nampak dua lagi lelaki berdiri berhampiran wanita itu dan kami cuba pastikan sama ada dia masih bernafas.

"Wanita itu tidak sedarkan diri selama dua minit dan dia seperti sengaja ingin dilanggar oleh kenderaan," katanya kepada Mirror.

Wanita tersebut dipercayai ingin membunuh diri selepas bergaduh dengan pasangannya.

Wanita itu akhirnya memberitahu Adam bahawa dia bekerja dalam keadaan yang sangat tertekan dan terpaksa berurusan dengan masalah orang lain pada setiap hari.

"Saya katakan padanya yang dia cuma terlalu keliru dan tidak boleh berfikir dengan baik," ujar Adam tentang caranya memujuk wanita itu.

Sementara itu, identiti wanita berkenaan tidak didedahkan.

Tags / Kata Kunci: Adam Marr

iklan

Video

Jumaat, 26 Mei 2017 9:43 PM

"I Bukan Ambik Dadah... Dulu Yes!" - To'ki

Jumaat, 26 Mei 2017 4:30 PM

Sabhi Saddi Lepas Gian

Jumaat, 26 Mei 2017 3:00 PM

Anak Che Ta Pasang 'Bodyguard'

Jumaat, 26 Mei 2017 9:30 AM

#akuStar: Shaa - Pertama Kali

Khamis, 25 Mei 2017 5:27 PM

Mamat Si Buaya Tembaga Kesayangan Ramai

Khamis, 25 Mei 2017 4:48 PM

Apabila Ramli Sarip Buka Mulut

Khamis, 25 Mei 2017 12:52 PM

Shahz Jaszle Malu Jadi Gemuk

Khamis, 25 Mei 2017 9:00 AM

Kumpulan Masin Dah Berpecah?

Rabu, 24 Mei 2017 8:57 PM

Yuna Teruja Tercalon Anugerah BET

Rabu, 24 Mei 2017 3:00 PM

Sherry Ibrahim Merajuk?

Kolumnis

iklan

Iklan