Saman Teman Wanita Kerana Mesej

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

JIKA anda menonton wayang bersama kekasih, pastikan tumpuan diberikan sepenuhnya untuk menonton filem, bukannya sibuk bermain telefon.

Jadikan seorang wanita di Texas, Amerika Syarikat apabila dia disaman oleh teman lelakinya gara-gara sibuk bermain mesej ketika menyaksikan filem Guardian of Galaxy Vol.2, baru-baru ini.

Lelaki berkenaan, Brandon Vezmar menyaman sebanyak AS17.31 (RM74.90), jumlah yang dibayar untuk membeli tiket teman wanitanya itu.

Menurut portal Oddity Central, Vezmar bertemu dengan wanita tersebut, Crystal menerusi aplikasi temu janji, Bumble dan keluar bersama buat kali pertama pada 6 Mei lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu berkata, segalanya berjalan lancar sehingga 15 minit pertama tayangan apabila temannya itu mula mengeluarkan telefon dan bermain mesej.

Malah pada satu ketika, Vezmar meminta Crystal untuk berhenti bermain telefon atau tunggunya di lobi panggung dan wanita itu terus meninggalkannya.

Kemudian lelaki itu meminta wangnya kembali tetapi wanita berkenaan enggan memberi duit yang digunakan membeli tiket.

Akhirnya, Vezmar mengambil tindakan drastik apabila membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Dalam saman yang difailkan, Vezmar berkata, defendan secara jelas melanggar polisi panggung wayang dan tindakan bermain mesej menjejaskan tumpuannya untuk menonton filem.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Panggung Wang Alamo Drafthouse, Time League berkata, pihaknya menawarkan untuk membayar ganti rugi bagi menyelesaikan kes tersebut.

Tags / Kata Kunci: Saman

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan