Raja Belanda Jadi Juruterbang

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

HANYA segelintir daripada 17 juta rakyat Belanda tahu raja mereka mempunyai hobi menerbangkan pesawat komersial.

Menurut The Guardian, Raja Willem-Alexander sudah 'bekerja' sebagai pembantu juruterbang selama lebih 21 tahun.

Raja Willem-Alexander mendedahkan beliau berkhidmat dengan syarikat penerbangan Martinair dan kemudian berpindah ke syarikat KLM.

Sebagai raja, beliau hanya sempat memandu pesawat dua kali dalam sebulan.

Selain itu, beliau kini berlatih menerbangkan pesawat Boeing 737 selepas pesawat jenis Fokker 70 yang biasa diterbangkan sebelum ini akan dilupuskan.

Kata Raja Willem-Alexander, menjadi juruterbang hanyalah hobi sampingan sementara 'melupakan' tanggungjawabnya kepada istana.

"Anda ada pesawat, penumpang dan kru. Anda ada bertanggungjawab terhadap mereka. Saya tak boleh bawa masalah dari istana ketika terbang," kata Raja Willem-Alexander kepada akhbar tempatan, De Telegraaf.

Raja Willem-Alexander bersama Permaisuri Catharina-Amalia mengabadikan gambar diraja semasa di Austria, Februari lalu.

Tambah beliau, rakyat jelata tidak selalunya mengecam beliau ketika berjalan di lapangan terbang mengenakan uniform dan topi juruterbang.

"Sebelum insiden September 11, pintu kokpit pesawat sentiasa terbuka. Penumpang boleh datang jenguk kami dan ada kalanya mereka berjaya cam saya," kata Raja Willem-Alexander.

Penumpang juga tidak kenal suara Raja Willem-Alexander ketika beliau membuat pengumuman melalui pembesar suara pesawat.

"Penumpang bukan dengar pengumuman pun," katanya.

Menurut maklumat yang disediakan Istana Diraja Belanda, Raja Willem-Alxander mula menerbangkan pesawat sejak lebih 30 tahun lalu ketika masih bergelar pelajar.

Pada lewat 80-an, minatnya terhadap pesawat membawanya ke Kenya.

Di sana beliau bekerja sebagai juruterbang sukarela untuk organisasi bantuan perubatan, Yayasan Pendidikan & Penyelidikan Perubatan Afika sebelum berkhidmat untuk Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya.

Tags / Kata Kunci: Raja Willem-Alexander

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan