Laut Cina Selatan Medan Pelancar Roket - Berita Dunia | mStar

Laut Cina Selatan Medan Pelancar Roket

Diterbitkan: Khamis, 18 Mei 2017 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: China dilaporkan memasang pelancar roket di Laut Cina Selatan untuk menghalang penyelam perang tentera Vietnam, demikian lapor media tempatan negara itu.

Akhbar Defence Times menerusi akaun WeChat melaporkan, sistem pertahanan pelancar roket Norinco CS/AR-1 berukuran 55 milimeter.

Kemudahan ini berupaya mencari, mengenal pasti dan menyerang musuh penyelam perang itu dipasang di Fiery Cross Reef di Kepulauan Spratly.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan bila sistem pertahanan berkenaan dipasang, tetapi dimaklumkan ia adalah sebahagian daripada tindak balas yang bermula Mei 2014 apabila penyerang Vietnam menempatkan sejumlah besar pukat di Kepulauan Paracels.

Menurut China, pembinaan ketenteraan di pulau yang dikawal di Laut Cina Selatan akan terhad kepada keperluan pertahanan dan ia boleh melakukan apa sahaja di wilayahnya sendiri.

Difahamkan, Fiery Cross Reef ditadbir oleh Beijing dan turut dituntut Filipina, Vietnam serta Taiwan. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Spartly , China
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan