Thailand Ugut 'Hukum' Facebook

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 10:25 AM

VIDEO tular yang menunjukkan Raja Thailand, Maha Vijaralongkorn memakai singlet singkat dan bertatu penuh di badan. - Mail Online

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kerajaan Thailand mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman sosial Facebook susulan penularan video raja negara itu memakai baju singlet singkat dan kelihatan badannya dipenuhi tatu.

Video berdurasi 43 saat itu menunjukkan Raja Maha Vajiralongkorn berjalan di sebuah pusat beli-belah bersama seorang wanita dan tersebar meluas dalam laman sosial tersebut.

Namun menurut portal Mail Online, pihak berkuasa Thailand sedia mengambil tindakan tegas terhadap Facebook sekirannya video berkenaan tidak dipadamkan sebelum pukul 10 pagi Rabu.

Rakaman itu dipercayai diambil di Munich, Jerman pada Julai tahun lalu.

Video tersebut juga menunjukkan Vajiralongkorn yang menaiki takhta pada tahun lalu susulan kematian bapanya, mempunyai sejumlah tatu di bahagian lengan, perut dan belakang badannya.

Namun tatu itu dipercayai palsu kerana penganalisis mendapati ia tidak sama seperti gambar yang diambil di lapangan terbang Munich pada awal tahun lalu.

Mengikut undang-undang Thailand, hukuman penjara sehingga 15 tahun boleh dikenakan kepada pihak yang menyebarkan bahan yang dianggap menghina kerabat diraja negara itu.

Setiausaha Agung Suruhanjaya Telekomunikasi dan Penyiaran Thailand, Takorn Tantasith berkata, video berkenaan telah disekat dalam beberapa rangkaian laman sosial tetapi pihak berkuasa Thailand mendapati sebanyak 131 akaun Facebook masih menyiarkan rakaman tersebut.

"Walaupun satu akaun Facebook masih menyiarkan video itu, kami akan berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Facebook Thailand," katanya.

Minggu lalu, Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet Thailand menghantar emel kepada Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg untuk menggesa pemilik laman sosial terbabit menyekat penyebaran video itu.

Tags / Kata Kunci: Maha Vajiralongkorn , Facebook

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan