Bola Sepak Bakal Satukan Korea Utara, Korea Selatan

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

SECARA teknikalnya, Korea Utara dan Korea Selatan masih berperang walaupun Perang Korea sudah tamat pada 1953 yang menyaksikan kedua-dua negara itu berpecah dan hanya dipisahkan dengan zon penampan di sempadan.

Malah ketegangan kedua-dua pihak makin memuncak sejak kebelakangan ini susulan tindakan Pyongyang menjalankan ujian peluru berpandu dan nuklear selain kerjasama Seoul dan Washington yang kurang digemari oleh Korea Utara.

Namun peluang dua negara jiran bermusuhan itu untuk berdamai masih ada selepas wujud spekulasi bahawa kejohanan Piala Dunia FIFA 2030 akan diadakan di kedua-dua negara berkenaan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Korea Selatan, Chung Mong-gyu menerusi satu 'pelan damai' merancang untuk mengadakan kejohanan yang dianjurkan bersama oelh China, Jepun dan Korea Utara.

"Jika Seoul, Korea Utara, China dan Jepun sedia berbincang, saya fikir kami boleh menganjurkan bersama Piala Dunia 2030.

"Selain itu, penganjuran bersama ini juga boleh membantu kewangan negara masing-masing memandangkan Korea Utara mempunyai pasaran bola sepak yang menarik" kata beliau menurut laporan Mirror.

Korea Utara merupakan negara paling 'berahsia' di dunia dan tidak mengamalkan dasar terbuka kepada negara lain.

Pyongyang melayakkan diri dalam dua edisi Piala Dunia iaitu pada tahun 1996 yang menyaksikan mereka mara ke pusingan suku akhir manakala pada 2006, mereka gagal melepasi peringkat kumpulan.

Idea Mong-gyu itu mungkin realistik untuk dilaksanakan, sekali gus mencari jalan penyelesaian terbaik mendamaikan kedua-dua pihak menerusi sukan bola sepak.

Bagaimanapun tiada reaksi diberikan oleh Pyongyang berhubung perkara tersebut.



Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Korea Selatan , Piala Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan