Penerbangan Terjejas, Terminal 2 CAG Terbakar

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 9:13 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Satu kebakaran yang berlaku di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi (CAG) pada petang Selasa berjaya dipadamkan Pasukan Pertahanan Awang negara itu.

Namun pihak pengurusan lapangan tersebut menasihatkan penumpang bahawa penerbangan yang berlepas dari terminal itu akan mengalami kelewatan.

Dalam satu kenyataan di Facebook, polis menerima panggilan kecemasan di balai berlepas terminal tersebut kira-kira pukul 5.43 petang.

Pegawai polis dan pasukan Pertahanan Awam Singapura berjaya mengawal kebakaran itu.

Seorang jurucakap CAG memberitahu The Straits Times bahawa alat penggera kebakaran diaktifkan di terminal itu kira-kira 5.40 petang disebabkan asap yang dikesan melalui lubang udara.

"Pemindahan di terminal itu dimulakan dan pasukan kecemasan CAG berada di lokasi kejadian," kata jurucakap tersebut.

CAG dalam kenyataannya di Facebook pada pukul 6.38 petang memberitahu mereka telah mengenal pasti punca kebakaran itu.Katanya, operasi penerbangan di terminal tersebut turut terjejas.

Tags / Kata Kunci: CAG , kebakaran

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan