Pemimpin Kristian Sertai Mogok Lapar Tahanan Palestin

Diterbitkan: Isnin, 15 Mei 2017 9:41 AM

GREGORY Lahham (kiri) dan Atallah Hanna

(Ubah saiz teks)

DUA pemimpin terkemuka ajaran Kristian, Gregory Lahham III dan Atallah Hanna menyertai mogok lapar pada awal minggu lalu sebagai tanda solidatiri terhadap tahanan Palestin yang menghuni penjara Israel.

Lahham, 83, meletak jawatan sebagai ketua gereja di kawasan Baitulmaqdis dan Iskandariah selepas menghantar surat kepada Pope Francis pada Sabtu lalu bagi membantah penindasan rakyat Palestin.

"Saya mahu tahanan Palestin sedar bahawa kami bersama anda dalam perjuangan untuk Palestin," katanya menurut laporan portal Arab America.

Sementara itu, Attalah yang merupakan ketua Gereja ortodoks Greek di Baitulmaqdis, mengeluarkan kenyataan yang menyatakan sokongan terhadap tuntutan tahanan Palestin yang mahu dibebaskan.

"Kita memiliki tanah ini dan menjadi milik penduduk Palestin yang berjuang untuk mendapatkan kebebasan.

"Kami sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin," katanya.

Ini bukan kali pertama kedua-dua pemimpin Kristian itu membela penduduk Palestin dan agama Islam.

Pada Disember 2010, Lahham seperti dilaporkan portal Lebanon Daily Star berkata, serangan terhadap penduduk Kristian Levantine merupakan konspirasi rejim Zionis untuk memburukkan Islam.

"Segala tindakan tersebut tidak ada kena mengena dengan Islam tetapi merupakan konspirasi pengikut fahaman Zionism dan penganut Kristian yang terperangaruh dengan ideologi Zionis.

"Tujuannya adalah untuk memberi gambaran bahawa Islam agama yang buruk," katanya," katanya.

Atallah pula amat dikenali dalam gerakan aktivis politik di Baitulmaqdis demi menyatukan penduduk Islam dan Kristian di wilayah bergolak itu.

Tags / Kata Kunci: Palestin , Kristian

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan