Jordan, AS, UK Bergabung?

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 10:58 AM

Jordan dikatakan bakal menyertai Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam campur tangan konflik di Syria. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PERTALIAN ketenteraan antara Jordan dan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan spekulasi bahawa tentera kedua-dua negara termasuk United Kingdom (UK) akan campur tangan dalam krisis peperangan di Syria.

Spekulasi tersebut mendakwa campur tangan itu menghalang ancaman pengganas Daesh.

Menurut penganalisis Jordan, tindakan menghantar tentera Jordan ke Syria akan menggugat kestabilan dan keselamatan Jordan sendiri.

Sementara itu, Jeneral Bersara Jordan, Mousa al-Odwan berkata, Jordan sepatutnya mengekalkan postur pertahanan dan serangan di sempadan Syria.

"Kami tidak akan masuk campur dalam konflik di Syria melainkan terdapat ancaman yang jelas ke atas keselamatan Jordan," katanya.

Sejak krisis Syria bermula pada tahun 2011, Jordan telah menjadi sebahagian daripada strategi AS untuk mengawal konflik di Syria daripada menjejaskan negara jirannya.

Jordan juga merupakan negara sekutu yang diketuai AS untuk mengalahkan kumpulan pengganas Daesh dengan menggunakan tentera udara sendiri untuk melancarkan bom ke Iraq.

Jordan telah bersetuju untuk menjadi negara hos kepada ribuan pelarian Syria.

Penganalisis politik, Adnan Abu Odeh berkata kepada Al-Jazeera, rakyat Jordan sudah salah faham terhadap laporan media salah yang cuba menggambarkan sesuatu akan berlaku di sempadan Jordan dan Syria.

Tags / Kata Kunci: Syria , Jordan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan