Anak Osama Mahu Balas Dendam

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 1:18 PM

Hamza bin Osama

(Ubah saiz teks)

KABUL: Anak lelaki Osama bin Laden, dilapor mahu membalas dendam atas kematian bapanya yang mati dibunuh dalam satu serbuan tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2011.

Menerusi sepucuk surat yang ditemukan selepas serbuan di Pakistan, Hamza bin Osama yang kini berusia 28 tahun, mengancam untuk menyerang rakyat AS atas kematian bapanya yang merupakan pengganas nombor satu paling dikehendaki.

"Rakyat Amerika, kami akan datang dan anda akan merasainya.

"Kami akan membalas dendam atas perbuatan anda terhadap bapa saya (Osama), Iraq dan Afghanistan," tulis Hamza dalam surat tersebut.

Surat itu yang ditemukan di kubu kuat Osama, lokasi yang sama pengganas tersebut dibunuh oleh tentera AS.

"Setiap pandangan, setiap senyuman, setiap kata-kata kamu (Osama) kepada saya, memberi kekuatan dalam diri ini," kata surat itu lagi seperti dilaporkan portal Mirror.

Penemuan surat itu didedahkan oleh bekas ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Ali Soufan yang muncul dalam program 60 Minutes baru-baru ini.

"Surat itu tentang misi membalas dendam," katanya.

Ali merupakan ketua penyiasat FBI berhubung kegiatan militan Al Qaeda selepas tragedi 11 September 2011.

Menurut beliau, Osama telah merancang untuk memberi kuasa kepada Hamza mengawal kumpulan pengganas itu sejak kecil lagi dan anaknya itu sering muncul dalam video propaganda.

"Hamza ibarat model kanak-kanak kepada Al Qaeda dan sangat penting kepada ahli kumpulan tersebut.

"Hamza juga sering menggunakan terminologi dan ayat yang digunakan oleh ayahnya, Osama," kata Ali.

Pada 2015, Al Qaeda menyiarkan rakaman suara Hamza yang menggesa serangan di London, Washington dan Paris.

Dia turut merakamkan empat mesej berbaur ancaman dalam tempoh dua tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Osama bin Laden , Hamza bin Laden

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan