Awas, Parasit Dalam Sushi - Doktor

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 3:01 PM

Sushi yang tidak dimasak boleh menyebabkan kesihatan terjejas. - BBC Good Food

(Ubah saiz teks)

SUSHI yang tidak dimasak boleh dijangkiti parasit yang menyerupai ulat yang melekat pada usus dan mampu mengakibatkan sakit yang teruk, muntah-muntah dan demam, kata doktor kepada jurnal BMJ.

Seorang lelaki, 32, dimasukkan ke hospital di Lisbon, Portugal setelah mengalami simptom yang sukar dikesan.

Namun, selepas ditanya oleh doktor, dia memberitahu ada memakan sushi baru-baru ini.

Bukan semua sushi dibuat daripada ikan mentah, kebanyakannya sudah dimasak sebelum dihidangkan.

Bagaimanapun, sejenis makanan popular jepun, sashimi juga dibuat daripada ikan mentah.

Menurut laporan BMJ, kebanyakan kes seperti itu adalah dari Jepun memandangkan makanan tersebut amat popular di negara matahari terbit itu.

"Kes seperti ini semakin meningkat di negara-negara barat.

"Perubahan dalam tabiat makanan menjadikan anisakiasis (sejenis penyakit) semakin meningkat di negara-negara Barat. Pesakit yang mempunyai sejarah pengambilan ikan mentah atau tidak dimasak terdedah dengan risiko penyakit ini," katanya.

Selepas ulat itu dibuang menggunakan sejenis jaring khas, simpotom yang dialami mangsa berhenti serta-merta.

Tags / Kata Kunci: sushi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan