11 Kanak-Kanak Korban Letupan Gudang Bunga Api

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 2:42 PM

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Sebelas kanak-kanak antara 14 mangsa yang terkorban akibat letupan gudang bunga api ketika penduduk sebuah perkampungan miskin meraikan upacara keagamaan.

Antara yang terbunuh adalah kanak-kanak berusia antara empat hingga 15 tahun.

Seorang nenek, Carmen Rosas Tentle berkata: “Cucu saya terperangkap dalam runtuhan apabila rumah kami meletup dan runtuh.

"Tiga cucu saya mati di tempat kejadian sementara seorang lagi cedera."

Kejadian di San Isidro itu melibatkan penduduk di kawasan pertanian terpencil dengan kira-kira 40 rumah.

Penduduk San Isidro memasang bunga api untuk perayaan awal menjelang festival di kampung itu pada hujung minggu ini.

Bagaimanapun, satu daripadanya terkena gudang yang menyimpan bahan piroteknik untuk acara berkenaan seterusnya mengakibatkan berlaku letupan, kata jurucakap kerajaan negeri Puebla mengenai kejadian pada lewat Isnin itu.

Letupan itu menyebabkan 22 cedera termasuk tiga kanak-kanak yang kini berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai jabatan kerajaan, Javier Lozano.

Kejadian itu berlaku lima bulan selepas tragedi seumpamanya yang membunuh 42 orang di sebuah pasar menjual bunga api berhampiran bandar raya ini.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto menerusi Twitternya meluahkan rasa simpati kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kemalangan tragis itu. - AFP



Tags / Kata Kunci: San Isidro , Rosas

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan