Trump Pecat Pengarah FBI

Diterbitkan: Rabu, 10 Mei 2017 12:03 PM

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump  mengambil tindakan drastik dengan memecat pengarah FBI, James Comey, yang ada kaitan dengan siasatan terhadap emel calon Demokrat Hillary Clinton tahun lepas.

Malahan, Trump berkata, Comey tidak lagi mampu menerajui agensi penguatkuasaan undang-undang itu secara berkesan.

Comey telah mengetuai siasatan FBI terhadap dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden Amerika 2016 dan kemungkinan wujud pakatan sulit dengan kempen Trump.

Pemecatan beliau boleh mewujudkan kebimbangan mengenai integriti siasatan dan mendorong supaya siasatan bebas dijalankan.

"Penting bagi kita mencari kepimpinan baharu untuk FBI yang dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan orang ramai dalam misi penting penguatkuasaan undang-undang," kata Trump dalam surat kepada Comey yang dikeluarkan Rumah Putih.

Menurut Trump, beliau menerima pandangan Peguam Negara, Jeff Sesyen bahawa Comey tidak lagi mampu memberi kepimpinan yang berkesan.

Trump, dalam suratnya kepada Comey menyebut: "Walaupun saya menghargai anda, tetapi bersetuju dengan penghakiman Jabatan Kehakiman bahawa anda tidak mampu menerajui biro itu dengan berkesan."

Tempoh perkhidmatan Comey sepatutnya sehingga September 2023.

Keputusan itu, yang diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sean Spicer kepada pemberita, telah mengejutkan Washington.

Pada Julai lalu, Comey berkata, kes emel Hillary perlu ditutup tanpa pendakwaan, tetapi 11 hari sebelum pilihan raya 8 November di mana Clinton menjadi calon Demokratik telah mengumumkan membuka semula siasatan kerana penemuan baharu emel berkaitan  Hillary.

Hillary dan anggota Demokrat lain mengatakan mereka percaya bahawa keputusan Comey itu menyumbang kepada kekalahannya dalam pilihan raya presiden.

Rumah Putih mengeluarkan satu memo oleh Timbalan Peguam Negara, Rod Rosenstein yang menjelaskan justifikasi pihak pentadbiran untuk memecat Comey.

Senator Demokratik pergi ke Dewan Senat semalam untuk menggesa Rumah Putih menjelaskan sama ada siasatan FBI terhadap dakwaan campur tangan Rusia dalam kempen presiden,akan diteruskan ekoran pemecatan Comey itu.

"Kami menunggu penjelasan Rumah Putih secepat mungkin sama ada siasatan ini akan diteruskan." - Reuters


Tags / Kata Kunci: Trump , FBI

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan