Diarah Tanggal Coli Elak Meniru

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang pelajar di India mendakwa dipaksa menanggalkan coli di hadapan ramai oleh pihak berkuasa sekolah sebagai langkah menangani gejala meniru dalam peperiksaan.

Pihak berkuasa mengeluarkan kod etika berpakaian yang ketat untuk mengekang gejala penipuan meluas dalam ujian kemasukan ke kolej perubatan yang terkemuka di India.

Namun penggunaan coli tidak tersenarai dalam larangan yang dikenakan seperti pakaian gelap, baju lengan panjang, lencana, kerongsang, kasut tertutup dan sarung kaki.

Namun pelajar tersebut yang enggan namanya didedahkan memberitahu media bahawa dia berada di pusat ujian di Kerala pada Ahad ketika alat pengesan logam berbunyi ketika pemeriksaan dilakukan.

"Pada masa itu, mereka memberitahu saya tidak boleh memasuki dewan peperiksaan jika tidak menanggalkan coli kerana cangkuk itu diperbuat daripada besi.

"Jadi saya menanggalkannya sendiri dan memberikan kepada ibu saya yang sedang menunggu di luar dewan," kata pelajar itu.

Pelajar itu dipetik The Times of India sebagai berkata dia hilang keyakinan dan gagal mengawal perasaan ketika diminta menanggalkan coli di hadapan orang ramai.

Tags / Kata Kunci: India , kolej perubatan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan