Korea Selatan Pilih Pengganti Geun-hye

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 12:34 PM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Seawal pukul 6 pagi waktu tempatan, lebih 139,000 pusat mengundi di seluruh Korea Selatan mula dipenuhi rakyat negara itu untuk memilih presiden baharu.

Ia susulan penahanan dan pendakwaan terhadap Park Geun-hye yang digulingkan berhubung kes rasuah dan berdepan ketegangan berkaitan isu nuklear Korea Utara.

Peratusan keluar mengundi dijangka mencapai tahap tinggi, didorong rasa marah penduduk negara itu susulan amalan rasuah berleluasa dan skandal salah guna kuasa yang menjatuhkan Geun-hye.

Skandal yang melanda pemimpin negara itu juga menjadi punca kekurangan peluang pekerjaan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi lembap.

Bekas peguam hak asasi manusia, Moon Jae-In yang berhaluan kiri mendahului tinjauan pendapat selama berbulan-bulan dengan tinjauan terakhir dikendalikan firma Gallup Korea, seminggu sebelum kempen tamat.

Setakat ini, Jae-In meraih 38 peratus sokongan diikuti bekas jutawan teknologi, Ahn Chael-Soo sebanyak 20 peratus.

Sementara itu, wakil Parti Kebebasan Park, Hong Joon-Pyo berada pada kedudukan ketiga dalam saingan membabitkan 13 calon apabila mendapat sokongan sebanyak 16 peratus.

Kempen pilihan raya lebih tertumpu kepada isu ekonomi manakala perkara berkaitan Korea Utara tidak begitu mendapat perhatian.

Namun selepas sedekad pemerintahan konservatif, kemenangan Moon mungkin bakal menyaksikan perubahan pendekatan Seoul terhadap Pyongyang dan sekutu penting negara itu, Amerika Syarikat. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan