Ikan Penuh Tatu Ditangkap - Berita Dunia | mStar

Ikan Penuh Tatu Ditangkap

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 12:32 PM

-foto metro.uk

(Ubah saiz teks)

SEEKOR ikan besar ditangkap di Filipina dengan badannya penuh tatu.

Nelayan yang menangkapnya sangat kagum dengan apa yang melekat dijaringnya.

Dia telah meletakkan ikan bertatu itu di sebelah ikan lain yang sama jenis bagi melihat perbezaannya.

Sejak gambar-gambar ikan ini disiarkan di saluran tempatan GMA News, ia telah mendapat ribuan komen daripada mereka yang cuba untuk menyelesaikan apa yang dilihat.

Salah satu kemungkinannya adalah badan ikan ini benar-benar telah diukir tatu dan kemudian dilepaskan semula ke dalam laut oleh seseorang.

Terdapat satu lagi jawapan yang lebih mungkin seperti yang dicadangkan oleh Steve Clark.

"Ini mungkin disebabkan oleh jenis-jenis sampah atau kain yang tertanam dalam kulit ikan dan akhirnya ia menjadi corak seperti ini. Sekadar beri pandangan," katanya.

Ikan ini, yang ditangkap oleh nelayan di wilayah Lopez, Jaena, Misamis Oriental, utara Mindanao turut dikaitkan dengan cerita-cerita mistik, seperti penjelmaan semula Tuhan.

Ada juga yang mencadangkan: "Ada banyak perkara di dunia ini yang kita tidak tahu tentangnya, terutamanya di bawah laut. Ingat, lautan adalah lebih besar daripada daratan."

Seseorang lagi telah menyatakan apa yang dibayangkan iaitu ikan ini telah melarikan diri dari sebuah 'penjara' di dasar laut di mana ahli-ahli biologi marin telah membuat satu tanda pada hidupan laut di situ dengan simbol-simbol pelik.

Tags / Kata Kunci: tatu , ikan , Filipina
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan