Rakyat Perancis Pilih Macron

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 7:30 AM

Emmanuel Macron.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Calon bebas berhaluan sederhana, Emmanuel Macron dipilih sebagai presiden Perancis yang baharu selepas memenangi pilihan raya tersebut, awal pagi Isnin.

Kemenangan Macron disahkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Perancis.

Data rasmi menunjukkan daripada 65.31 peratus undi yang dikira malam Ahad, sebanyak 12.5 peratus undi dilaporkan rosak, manakala 24.7 peratus lagi undi dikira sebagai berkecuali.

Macron mencatat sejarah pemimpin Perancis paling muda sejak Napoleon Bornaparte.

Pemimpin berusia 39 tahun itu dijadual mengangkat sumpah jawatannya minggu depan di Istana Elysee, namun tarikh rasmi belum ditetapkan.

Majlis itu akan diadakan sebelum berakhirnya penggal perkhidmatan Presiden Francois Hollande pada 14 Mei ini.

Macron dijangka menghadiri majlis rasmi sebagai bakal presiden pada Isnin sempena majlis memperingati Hari Kemenangan Perang Dunia Kedua.

Majlis Perlembagaan dijangka mengumumkan keputusan rasmi undian, Khamis ini.

Sebaik majlis angkat sumpah, Macron akan melantik perdana menteri dan membentuk barisan Kabinetnya.

Proses itu dijangka mengambil masa selama beberapa hari untuk diselesaikan. - Reuters/AP

Tags / Kata Kunci: Emmanuel Macron , Presiden Perancis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan