'Patung Ken' Belum Puas Hati!

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Lelaki ini amat dikenali ramai kerana kegilaannya untuk menjadi 'patung Ken' apabila sanggup menghabiskan jutaan ringgit melakukan pembedahan plastik.

Kini lelaki kelahiran Brazil itu, Rodrigo Alves sekali lagi menjadi perhatian media apabila mahu menjalani pembedahan mata untuk menukar warna matanya daripada perang menjadi kelabu meski pun berdepan risiko mata menjadi buta.

"Saya sudah memakai pelekap mata sejak usia 14 tahun.

"Saya juga boleh mendapatkan pelekap mata dengan mudah tetapi ianya kelihatan teruk dan palsu," katanya menurut laporan portal Mirror.

Alves juga mencuba kaedah mewarna pelekap mata yang diperkenalkan oleh seorang artis seni di Los Angeles.

Namun disebabkan kosnya terlalu mahal, lelaki berusia 33 tahun itu memilih untuk menjalani pembedahan mata di India.

Kos pembedahanan itu melibatkan jumlah lebih AS$14,000 (RM60,692) yang menyaksikan pakar bedah akan memotong bahagian mata sepanjang 2.8 milimeter sebelum memasukkan selaput mata palsu.

Pembedahan itu dijadualkan berlaku pada minggu depan.

Setakat ini, Alves telah menjalani lebih 50 pembedahan dengan kos lebih AS$704,000 (RM3.05 juta) bagi mengubah dirinya menjadi patung popular Ken Doll.

Antara pembedahan yang dilakukan termasuk mengubah bentuk muka, hidung dan bibir.

Tags / Kata Kunci: Patung Ken , Rodrigo Alves

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan