Lelaki Tergemuk Dunia Mahu Hidup Baharu

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 10:01 AM

FRANCO pernah memiliki berat badan 584 kilogram untuk dinobatkan sebagai lelaki tergemuk di dunia. - AFP

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Beratnya pernah melebihi setengah 500 kilogram, sekali gus melayakkan dia untuk mendapatkan gelaran lelaki tergemuk di dunia.

Namun gelaran itu bukanlah satu yang dibanggakan oleh Juan Pedro Franco dari Aguascalientes, Mexico kerana beratnya itu mengundang derita yang terpaksa ditanggung pada usia yang masih muda.

Malah disebabkan berat badannya itu, Franco tidak mampu berjalan dan menghabiskan masa hampir tujuh tahun terbaring di atas katil.

Disebabkan itu, Franco akan menjalani pembedahan untuk menurunkan berat badan, sekali gus menyelamatkan nyawanya.

Menurut laporan portal Mirror, lelaki berusia 32 tahun itu telah menjalani diet yang ketat selama tiga bulan sebelum dibedah pada Selasa dengan harapan dapat membuatkan Franco berjalan semula dan menikmati kehidupan normal.

Pakar bedah yang terlibat dalam misi itu, Dr Jose Antonio Castaneda Cruz, berkata, menerusi diet yang ketat, Franco mengurangkan 30 peratus berat asalnya bagi membolehkan pembedahan dilaksanakan.

FRANCO akan menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badannya pada Selasa. - AFP

"Pada awalnya, kami fikir dia tidak boleh melakukan prosuder ini ekoran tahap obesiti dan masalah paru-paru yang dihadapinya, tetapi kini kami melihat harapan buat dirinya," kata Cruz.

Berat asal Franco adalah 584 kilogram dan dinobatkan sebagai lelaki tergemuk dunia selepas rakan senegaranya, Manuel Uribe yang memiliki berat 596 kilogram sebelum meninggal dunia pada Mei 2014.

Franco menceritakan, pada usia 17 tahun, dia sudah memiliki berat 228 kilogram selepas terlibat dalam kemalangan dan menghabiskan masa setahun setengah terlantar di atas katil.

Sejak itu katanya, berat badannya semakin meningkat sehingga membuatkannya tidak mampu bergerak serta hanya mampu terbaring.

"Saya mahu keluar, memandu dan menyanyi semula.

"Itu yang akan saya lakukan. Dengan izin Tuhan, saya mampu melakukannya semula," katanya.

Tags / Kata Kunci: Juan Pedro Franco

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan