Banduan Kempen Patung Seks Di Penjara

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 6:42 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG banduan berkempen supaya patung seks dibenarkan digunakan di penjara supaya penghuni dapat "menikmati keseronokan" di sebalik tirai besi.

Jack Swarez yang merupakan banduan di sebuah penjara HMP Lowdham Grange di Nottinghamshire di United Kingdom percaya patung seks dapat memperbaiki sikap penghuni dengan meningkatkan hormon testosteron mereka.

Dia mendakwa idea itu tidak akan membabitkan bajet kerajaan kerana banduan sanggup mengeluarkan wang poket mereka sendiri.

Swarez yang menulis di laman web penjara Inside Time berkata: "Masalahnya penjara kami dipenuhi lelaki-lelaki muda dengan hormon testosteron yang mahukan keseronokan. Keadaan di sini yang tidak seronok menyebabkan mereka tidak tenang dan mungkin bertidak di luar kawalan.

"Saya mempunyai cadangan yang perlu diberikan pertimbangan sewajarnya. Ia mungkin membantu mengatasi masalah yang berlaku, dan menghilangkan tekanan mereka, dan kesannya akan memberikan kebaikan kepada negara kelak.

"Idea ini timbul semasa saya menonton sebuah dokumentari di saluran 4 yang menunjukkan sekumpulan lelaki yang hidup bersama 'patung' berkenaan. Saya dapati kesemua lelaki ini kelihatan gembira dan tidak tertekan.

"Banduan boleh menghabiskan masa mereka bersama dengan 'pasangan' masing-masing di penjara sebagaimana yang sering dilakukan dengan pasangan sebenar," katanya. - Mail Online


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan