82 Mangsa Culik Boko Haram Dibebas

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

ABUJA: Kumpulan militan Boko Haram membebaskan 82 pelajar sekolah perempuan yang diculik di Chibok, Nigeria, kata pegawai pada Sabtu.

Jumlah itu adalah daripada lebih 200 mangsa culik kumpulan itu pada April 2014.

Seorang menteri memberitahu, 82 gadis telah dibebaskan."Gadis-gadis ini dibebaskan menerusi rundingan bersama kerajaan," kata seorang pegawai.

Sumber tentera berkata, mangsa culik yang dibebaskan itu menjalani rawatan di Banki sebelum dibawa ke Maiduguri.

Penculikan tersebut merupakan antara insiden pemberontakan Boko Haram di Nigeria yang kini memasuki tahun kelapan aktiviti militan itu.

Kira-kira 220 orang diculik dari sekolah mereka dalam serangan pada waktu malam.

Lebih 20 pelajar perempuan dibebaskan pada Oktober tahun lalu, dan terdapat sejumlah mangsa yang melarikan diri dan diselamatkan.

Bagaimanapun, 195 mangsa masih lagi dalam tawanan sebelum berlaku pembebasan terbaharu.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari pada bulan lalu dalam rundingan untuk membebaskan kesemua tahanan.

Walaupun penculikan gadis-gadis Chibok berprofil tinggi tetapi Boko Haram sebenarnya menculik ribuan mangsa orang dewasa dan kanak-kanak. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Boko Haram , culik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan