Marin AS Dilanda Skandal Gambar Bogel

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mei 2017 8:50 AM

(Ubah saiz teks)

LEBIH 20 penyiasat sedang dikerahkan mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai skandal gambar bogel yang menggegarkan pasukan marin Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Mereka yang terdiri daripada pegawai Perkhidmatan Siasatan Jenayah Tentera Laut (NCIS) sedang mengesan punca sebenar gambar-gambar bogel melibatkan anggota kanan pasukan marin itu tersebar ke pasukan lain.

Tugas itu, kata Pengarah NCIS, Andrew Traver, tidaklah mudah.

"Jika anda menghabiskan masa lapan hingga 10 jam, lima hari seminggu merenung gambar-gambar bogel itu di skrin, anda akan teramat lesu," katanya.

Pasukan dikenali sebagai Purple Harbor itu dibentuk sebagai tindak balas kepada penularan gambar-gambar bogel yang dihantar secara atas talian.

Pada awalnya ia agak terkawal tetapi kemudian merebak dengan meluas. Siasatan kemudian menjadikan kes itu berkembang melibatkan 21 kes lain yang berkaitan.

Setakat ini lebih 30 kes sudah dirujuk kepada pegawai atasan pasukan marin dan mungkin dikenakan tindakan pentadbiran.

Lima pegawai marin sudah dikenakan hukuman tetapi tiada butiran lanjut dinyatakan.

Anggota NCIS itu - terdiri daripada lelaki dan wanita - meneliti hampir 200 laman web dan sudah menurunkan lebih 150,000 gambar bogel atau separuh bogel.

Daripada jumlah itu mereka mengenal pasti kira-kira 20,000 gambar - lebih separuh adalah lelaki - yang mungkin ada kaitan dengan tentera AS.

Sebahagian besar gambar itu adalah dalam bentuk swafoto atau secara sukarela dan dikongsikan dengan izin pemiliknya. Mengikut peraturan tentera AS ia bukanlah suatu kesalahan.

Dalam keadaan itu mungkin hanya sebahagian kecil saja anggota yang akan didakwa atas tuduhan jenayah.

Siasatan dijalankan apabila puluhan anggota tentera - majoriti mereka adalah wanita - meminta pihak kerajaan menyelidik tular itu kerana bimbang gambar intim mereka mungkin antara yang tersebar.

Empat kes setakat ini disiasat menggunakan perisian khas yang mengesan identiti imej berdasarkan bentuk muka.


Tags / Kata Kunci: AS , marin

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan