Pangsapuri Trump Simpan Kod Rahsia Senjata Nuklear - Berita Dunia | mStar

Pangsapuri Trump Simpan Kod Rahsia Senjata Nuklear

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mei 2017 8:25 AM

(Ubah saiz teks)

SATU daripada apartmen milik Donald Trump di New York akan menjadi pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkan satu peranti berkaitan bom nuklear ditempatkan di situ.

Kenyataan Jabatan Pertahanan AS menyebut peranti dikenali dengan gelaran "football" itu mengandungi kod rahsia yang diperlukan Trump untuk mengarahkan pelancaran peluru berpandu nuklear.

Pejabat berkenaan juga membolehkan pegawai keselamatan berhubung dengan Trump itu secara selamat dari mana-mana lokasi Presiden AS itu berada.

Bagaimanapun menurut surat Pentagon yang dilihat Reuters itu, penempatan pejabat berkenaan di Trump Tower tidak memberi sebarang faedah atau keuntungan kepada Trump atau pertubuhan yang diwakili bekas hartawan hartanah berkenaan.

Rumah Putih, Pentagon dan unit perisikan rahsia enggan memberi komen terhadap pertanyaan kemungkinan langkah sama turut diambil pada aset lain Trump seperti di Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida dan Kelab Golf Kebangsaan Trump di Bedminster, New Jersey.

Itu adalah antara tempat kegemaran Trump menghabiskan cuti hujung minggunya.

Dalam surat Pentagon kepada anggota senat dari Demokrat, Jackie Speier, pegawai memberitahu apartmen berkenaan dimiliki secara peribadi oleh Trump.

Katanya, rundingan untuk menggunakan premis itu sedang di peringkat akhir.

"Rundingan menyewa apartmen itu hanya dijalankan dengan wakil pemiliknya saja," kata pegawai terbabit.

Katanya, premis itu akan digunakan untuk "melaksanakan tugas mengikut kuasa Setiausaha Pertahanan AS secara sementara".

Sebarang penggunaan ruang dengan kadar sewa tahunan melebihi AS$1 juta, katanya, mesti mendapat kelulusan daripada Pentagon.

Bagaimanapun pegawai kanan Pentagon enggan mendedahkan kos sewaan atau mengenal pasti pemilik apartmen berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Trump , New York
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan