Sanggup Habiskan Duit Demi 'Orang Bunian'

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 10:04 AM

LUIS Pardon sanggup menghabiskan puluhan ribu dolar demi menjadi orang bunian. - Mail Online

(Ubah saiz teks)

BUENOS AIRES: Kebanyakan peminat animasi memilih untuk memakai kostum demi kelihatan sama dengan watak yang diminati.

Namun bagi seorang lelaki di Argentina, dia sanggup menghabiskan wang sebanyak AS$45,000 (RM194,594) untuk menjalani pembedahan plastik mengubah  mukanya demi kelihatan seperti watak elf atau orang bunian.

Menurut laporan Mail Online, Luis Pardon menjalani pembedahan hidung, telingan dan bibir selain mengubah suai rambutnya demi merealisasikan impiannya itu.

"Saya memiliki idea tersendiri untuk mempamerkan kecantikan dan saya mahu mencapainya tidak kira dengan apa jua cara.

"Saya mahu telinga saya berbentuk runcing seperti elf selain memilik bentuk mata seperti kucing," katanya.

Lelaki berusia 25 tahun itu merancang untuk melakukan pembedahan bagi menaikkan otot serta menjadikan dirinya lebih tinggi.

Padron mengakui dia menjadi obses dengan makhluk fantasi ketika usia remaja selepas menjadi mangsa buli sewaktu zaman kanak-kanak.

Kini selepas berjaya mengubah dirinya menjadi orang bunian, Padron bergiat dalam dunia model dan menerima bayaran yang mahal bagi setiap penampilannya.

Tags / Kata Kunci: Luis Padron

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan