Bayi Maut Terkena Jangkitan Tuntung

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 10:07 AM

TYLER Wilson yang baru berusia lima bulan maut selepas dijangkiti kuman salmonela. - Mail Online

(Ubah saiz teks)

HULL: Seorang bayi berusia lima bulan maut selepas terkena jangkitan kuman salmonela yang dipercayai berpunca daripada tuntung milik rakan keluarganya, kata koroner, Prof. Paul Marks.


Lindsey Wilson, 37, dan Tim Lees, 34, menemui bayi malang itu, Tyler Wilson dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil bayi dan cuba memberikan bantuan pernafasan, namun disahkan  meninggal dunia tidak lama selepas itu.


Keluarga tersebut mengalami trauma selama dua tahun selepas pihak polis mendakwa suami isteri berkenaan mengabaikan bayi mereka.


Bagaimanapun, Lindsey dan Tim dapat menarik nafas lega selepas koroner mengesahkan mereka tidak bersalah.


Pakar penyakit berjangkit bagi kanak-kanak, Prof. Nigel Klein berkata, mustahil bagi pihak perubatan untuk mengetahui punca jangkitan bagi kes tersebut walaupun terdapat kemungkinan seperti yang didakwa.


Kemudian, Marks menyampaikan takziah kepada pasangan tersebut dan menyifatkan kedua-duanya telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa anak mereka.


“Anda berdua tidak perlu menyalahkan diri sendiri,” katanya. - Mail Online


Tags / Kata Kunci: bayi , tuntung , salmonela

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan