“Doktor Hantar Anak Pulang Untuk Mati” - Ibu Bapa Remaja Anoreksia

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 12:45 PM

Mendiang Pippa McManus. Foto MEN Media / Mail Online

(Ubah saiz teks)

IBU bapa kepada remaja perempuan penghidap anoreksia yang mati bunuh diri dilanggar kereta api selepas keluar dari wad psikiatri, mendakwa pihak berkuasa gagal mengubati anak mereka.

Mangsa, Pippa McManus, 15, membunuh diri selepas ditegur keluarganya mengenai rutin di gimnasium yang berlebihan sehingga menyebabkan remaja itu lari dari rumah sambil menjerit, “Saya akan bunuh diri.”

Mayat Pippa kemudiannya ditemui di stesen kereta api.

Ibu bapa mangsa, Marie dan James McManus meluahkan rasa kesalnya berhubung anak mereka dibenarkan keluar dari klinik swasta Priory.

Mereka mendakwa tiada pilihan lain, perkara itu diberitahu dalam siasatan yang dijalankan di Stockport.

“Pip (gelaran kepada Pippa) menghabiskan masa selama tiga tahun menangani anoreksia, mengalami kekurangan zat, kemurungan dan suka mencederakan diri sendiri.

“Kami percaya kegagalan merawatnya sejak dahulu menyebabkan kematiannya.

“Jika rawatan yang berkesan dilakukan segera ke atas anak kami, sudah tentu dia masih lagi hidup hari ini. Mungkin kami tak perlukan siasatan ini dijalankan,” katanya kepada Mail Online. - Mail Online

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan