Keluarga Salahkan Minuman Tenaga Punca Kematian Anak

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 5:55 PM

Barton disyaki meninggal dunia selepas meminum enam pek minuman bertenaga ketika berkhemah bersama rakannya.

(Ubah saiz teks)

KELUARGA remaja yang maut ketika bermalam di rumah rakannya menyalahkan minuman tenaga sebagai punca kematian anak mereka.

Kaitlin Barton, 16, berkhemah di laman belakang rumah rakannya di Queensland, Australia ketika dia rebah dan dipercayai meninggal dunia antara pukul 4 dan 6 pagi, Ahad lalu.

Rakan-rakan Barton yang menemui remaja itu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 8 pagi segera menghubungi pasukan paramedik, namun malangnya mangsa tidak dapat diselamatkan.

Ibu saudara mangsa, Emma Sutton berkata, Barton rebah di luar khemahnya.

Bagaimanapun, tidak diketahui kenapa remaja itu keluar dari khemah tersebut dan tidak masuk semula selepas itu.

Kematian Barton masih dianggap misteri kerana dia tidak mempunyai masalah kesihatan, malahan keluarganya yakin dia tidak terlibat dengan dadah atau alkohol.

Kata Sutton, pihak keluarga mengesyaki minuman tenaga sebanyak enam pek yang diminumnya menjadi faktor kematian anak mereka.

Difahamkan, laporan bedah siasat memerlukan masa selama sebulan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Sementara itu, abang mangsa, Nathan Barton, 19, memberitahu adiknya mudah mesra dengan semua orang dan seorang anggota kadet tentera yang berdedikasi.

“Adik saya bercadang untuk menyertai tentera selepas tamat persekolahan dan bangga sekiranya dapat berbakti kepada negara.

“Saya tidak dapat melihat keletah atau tawanya lagi,” tulis lelaki itu di laman web Go Fund Me untuk mengumpul dana bagi menampung kos pengebumian adiknya.




Tags / Kata Kunci: Barton , Queensland

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan